Tuesday, December 7, 2010

HIIT (High Intensity Interval Training)

Senaman kardio boleh meningkatkan metabolisme ketika melakukannya tetapi akan kembali pada tahap normal setelah abis tetapi HIIT meningkatkan metabolisme untuk beberapa jam selepas latihan.

Apa itu HIIT? HIIT boleh dilakukan dengan joging diselang seli kelajuan tinggi dengan mencecah 85% daripada kadar nadi maximum selama 30 saat hingga 1 minit dengan diselangi oleh kelajuan perlahan atau rehat 1 minit hingga 2 minit. Mudah dilakukan dan boleh dilakukan di taman.



Sebagai contoh jika dilakukan menggunakan treadmill, berlari dengan kalajuan 9.0-12.0 dalam masa 30 saat dan kemudian berjalan dengan kelajuan 3.0 untuk 1minit. Lakukan dalam ulangan 10 kali.

Kenapa HIIT? HIIT adalah cara yag lebih effektif daripada senaman kardio yang biasa. Sebagai contoh, kita mungkin perlu berlari 1 jam dengan kadar nadi latihan 60% untuk mendapatkan hasil yang sama dengan melakukan HIIT selama 15 minit. Studi yang dibuat di Laval University, Quebec menunjukkan bahawa HIIT membantu bakar 9 kali ganda lebih banyak lemak berbanding senaman kardio biasa.


No comments:

Post a Comment