1. Makan malam buat anda gemuk?
Tiada sebarang bukti yang menunjukkan makan malam menyebabkan kegemukan. Apa yang penting adalah jumlah kemasukan kalori pada hari itu.
2. Lebih sikit anda makan, lebih bagus?
Meraka yang ada sakit jantung, diabetis, masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pemakanan lemak. Lemak apa? bukan lemak tepu tetapi lemak tak tepu. Lebih sedikit makanan diambil lebih sikit pembakaran berlaku.
3. Protein adalah nutrien yang sangat penting untuk atlet?
Memang benar protein yang diperlukan oleh seorang atlet lebih tinggi dari orang biasa. Tapi berapa banyak? kebanyakan atlet atau mereka yang berlatih di gymnasium tidak memerlukan protein sebanyak yang mereka ambil. Kemungkinan makanan semulajadi mereka dah mencukupi tanpa perlu mengambil makanan tambahan. Keperluan seorang ahli bina badan mungkin lebih berbanding atlet bola sepak.
4. Diet rendah lemak atau tiada lemak bagus untuk anda?
Perlu diingatkan bahawa badan kita memerlukan lemak sebagai tenaga, untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak, untuk pengangkutan vitamin A, D, E, K. Tidak perlu diet tiada lemak cuma perlu mengurangkan lemak tepu dalam diet harian.
5. Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Mungkin benar untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan badan membakar otot sebagai sumber tenaga. Apabila otot mengecil, kadar metabolisme badan asas akan menurun.
6. Makanan tinggi lemak menyebabkan badan naik dengan cepat?
Badan kita tidak akan naik lemak segera jika hanya makan 50g coklat. Badan kita memerlukan 3500 kalori berlebihan untuk menaikkan 1g lemak dalam badan.
7. Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Memang benar nikotine mempengaruhi kadar metabolisme badan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Cuma merokok dah jadi rutin, jadi seorang perokok akan mencari sesuatu untuk mengantikan asap rokok dengan makanan. Jadi badan naik disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok seeloknya mencari sesuatu seperti gula-gula getah tiada gula untuk menggantikan rokok.
No comments:
Post a Comment