Di dalam kehidupan zaman kini yang serba mencabar, di mana duit dan kuasa memainkan peranan penting, di mana kita tak terelak daripada pelbagai masalah, seharian bekerja untuk mencapai sesuatu, kita tidak terelak dari masalah tekanan atau stress. Bagaimana untuk mengawal stress? Stress sering dikaitkan dengan masalah mental atau emosional (kemurungan, anxiety) yang mana melemahkan sistem imunasi badan kita. Disebabkan stress, berat badan seseorang boleh naik. Disebabkan stress kita boleh bunuh orang. Disebabkan stress tekanan darah tinggi boleh berlaku. Macam2 kita pernah dengar tentang keburukan stress.
Ada beberapa cara mudah untuk menangani stress
1. Bersenam - Dengan bersenam sekurang2 30 minit 3 kali seminggu akan membantu mengurangkan rembesan adrenalin dan merembes kan lebih endorphins. Endorphins berfungsi sebagai neurotransmitter yang mengawal stress.
2. Yoga - Kenapa yoga? yoga menumpukan pada teknik pernafasan yang mengaitkan mental dan spiritual. Tak semestinya yoga, banyak lagi jenis pergerakan seperti tai-chi, silat yang mana bukan sahaja melibatkan pernafasan tapi dalam masa sama melancarkan peredaran darah. Regangan mampu mengurangkan tension pada otot. Selepas habis senaman, buatlah sedikit regangan.
3. Jaga pemakanan - Cuba kurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Kurangkan pengambilan alcohol, kopi.
4. Urut - Rasanya semua tahu, yang urut mampu merehatkan badan kita dan mengurangkan tekanan. Carilah urut sebenar. Kini banyak rumah urut 'geli-geli'. :D. Terdapat banyak jenis urut seperti urut thai, aromatherapy, ayorveda dan lain-lain. Atau mungkin anda boleh cuba sport massage.
5. Ketawa - Biar betapa sibuk pun kita, keluarlah mencari hiburan seperti tengok wayang. Jangan cari cerita yang boleh tambah stress. Sekali sekala tengok cerita kanak-kanak, kartun apa salahnya. Saya mencadangkan Rapunzel.:D.
6. Bercuti - Amik lah cuti untuk 1 jangka masa. Bawa keluarga bercuti. Cari tempat-tempat menarik. Tak perlu jauh-jauh jika kewangan tidak mengizinkan. Nanti tambah lagi stress pasal takde duit nak bercuti. :D
7. Hobi - Cari hobi yang sesuai dengan minat kita. Ada orang hobinya main gym. Ada hobinya berenang. Cuba cari masa untuk buat sesuatu yang kita suka.
8. Dapatkan pakar - Jika terlalu stress, cuba dapatkan seorang counselor atau seseorang yang boleh kita bercakap untuk meluahkan masalah. Jangan pendam sesuatu. Kita ini macam bom jangka, lama kita pendam, meletup 1 hari nanti.
9. Rohaniah - Mantapkan rohani dengan pengisian.
Apa tanda-tanda stress?
- Peningkatan kadar denyutan jantung
- Anxiety
- insomnia ( susah tidur)
- Nervous
- Tak dapat tumpukan perhatian
- Marah tak tentu pasal
- Perubahan tabiat makan
- Masalah dengan ingatan
No comments:
Post a Comment