Monday, November 15, 2010

Bina Badan dan Sains

Ramai yang fikir binabadan ini sangat senang dan tidak melibatkan sains, cuma ke gym dah cukup untuk bina badan yang diidamkan. :D. Angkat berat bukan semudah itu. Anda boleh masuk ke gym bila2 masa anda nak dan buat apa sahaja latihan dalam gym. Memang boleh nampak perubahan, tapi berapa cepat? ada orang ambil masa mungkin 3 bulan, ada yang juga ambil masa mungkin 3 tahun. Pilihan kat tangan anda. Nak train dapatkan result cepat atau nak amik masa yang sangat lama untuk menjadi. Ye la, time memandu kata, 'biar lambat asal selamat'. :D.

Latihan untuk seseorang tak semestinya berkesan untuk orang lain. Kenal pasti berapa set berkesan untuk anda, senaman yang mana berkesan, dan senaman mana tak berkesan. Ada orang mungkin buat leg press sahaja dah cukup untuk rasa kesan seperti buat squat. Ada orang perlu buat banyak set untuk betul2 rasa kat otot yang disasarkan. Kaji badan anda jika anda tidak mempunyai jurulatih yang menentukan latihan anda. Jurulatih yang bagus biasanya dapat menentukan training mana yang berkesan untuk badan anda.

Antara yang perlu dikaji dalam latihan adalah berapa set yang sesuai? berapa lama masa rehat antara set? berapa game patut dibuat? bila badan cecah tahap over training?. Kaji dan uji adakah drop sets, super sets, pyramid set, split training berkesan untuk anda? Mungkin antara cara mudah, boleh merekodkan perubahan pada badan, dari segi saiz otot, peratusan lemak, tenaga, stamina. Jika dah train selama 2 bulan dan takde kesan atau kurang kesan, you know what to do. :p.


Dalam menjaga pemakanan, bukan semua orang boleh makan benda sama untuk besar. Ada yang patut makan daging merah, ada yang patut makan ayam. Situasi di kebanyakan gym sekarang, bila kita bertanya pada 'otai', dorang bagitau, 'ko gi makan daging' ,'makan telor 1 papan' dan lain-lain jawapan kita terima.:p. Kita ada kajian pemakanan melalui perbezaan jenis darah sekarang. Boleh dijadikan rujukan. Mungkin dalam topik akan datang, saya akan post kajian pemakanan melalui jenis darah.

Kaji berapa banyak protein, karbohidrat dan lemak yang diperlukan badan kita. Sebagai contoh, mungkin kita perlu 40% protein, 40% karbohidrat dan 20% lemak. Pastikan jumlah kalori yang betul diambil dalam sehari. Berapa banyak keperluan kalori jika nak bakar lemak, brapa banyak keperluan kalori jika nak menambah saiz. Dari mana datangnya kalori? Pastikan daripada kalori yang sihat. Sebagai seorang ahli bina badan atau ingin jadi, sepatutnya boleh melawan nafsu makan benda2 merapu ni. Jangan jadi seorang 'everyday weight lifter'. :D. Bina badan berkait rapat dengan disiplin.

Berkenaan makanan tambahan pula. Macam2 jenis makanan tambahan dan jenama kita boleh lihat dalam pasaran sekarang. Mana satu patut kita ambil? Protein sahaja ada berpuluh jenis, ada whey protein, ada mass gainer, ada casein protein dan lain-lain. Mana 1 sesuai dengan kondisi badan kita? Apa vitamin atau garam mineral yang kita perlukan dalam sehari? Apa yang patut ambil, apa yang tak patut. Kenapa perlu kita bazir duit untuk sesuatu yang tidak kita perlukan? :p

Berapa lama patut kita tidur pada waktu malam? 4 jam? 6 jam? 8 jam? 10 jam? Berapa lama sepatutnya satu2 otot tu berehat? Ada orang datang gym, hari2 train tangan. Konon nak tangan besar cepat. Betul ke tu? :D. Otot kita memerlukan 1 jangka masa rehat untuk membolehkannya recover dan bertambah baik. Bina badan melibatkan sains dan kajian. Baru keluar hypotesis.

No comments:

Post a Comment