Sunday, November 14, 2010

Diet Ketagonik

Salah satu contoh diet yang biasa diamalkan, ialah diet ketagonik iaitu diet tanpa/rendah karbohidrat dan tinggi protein. Tapi adakah anda bakar lemak dengan diet ketagonik? Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin.


Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis. Pada ketika ini baru badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga tetapi dengan syarat. Apa syaratnya? Badan memerlukan lemak untuk membakar lemak. Seringkali kita dengar pasal makan lemak untuk bakar lemak tapi rasanya tak ramai yang faham sebabnya. Tapi lemak apa? bukan makan kulit ayam, tp makan lemak yang bagus. Akan dikupas dalam topik-topik akan datang.


Berapa sekurang2 keperluan protein dan lemak untuk proses ketosis ini? Badan kita memerlukan sekurang-kurang 1 g protein untuk 1 lbs berat badan dan 0.75 g lemak yang bagus. Kita juga memerlukan sumber karbohidrat daripada sayur-sayuran, kebanyakan sayur-sayuran tinggi kandungan fiber. Fiber tidak dapat dihadam oleh badan manusia.

No comments:

Post a Comment