Friday, November 26, 2010

Asas Nutrisi

Masalah paling utama yang kita hadapi ialah tak lain tak bukan pemakanan. Ramai tak tahu bagaimana cara makan yang betul. Ada yang tak makan apa-apa.:p. Ada yang tak makan malam. Ada yang tak makan nasi. Ada yang minum protein shake sahaja dalam sehari. Ada yang kata minum air boleh gemok. Ada yang kata puasa. Macam-macam kita dengar bila bercerita tentang diet atau pemakanan.

Kita ambil 3 komponen asas dalam makanan dahulu. Karbohidrat, protein dan juga lemak. Apa yang penting dalam diet adalah 'nombor' atau kalori. Berapa kalori patut kita ambil untuk kuruskan badan? Berapa kalori patut kita ambil untuk besarkan otot? Setiap 1 gram karbohidrat memberi 4 kcal, protein juga 4 kcal manakala lemak 9 kcal.

Apa itu karbohidrat? Karbohidrat adalah sumber glukosa. Glukosa adalah karbohidrat ringkas yang disimpan di dalam otot dan hati dalam bentuk glikogen. Bila mana glikogen penuh dalam otot, otot kelihatan bulat dan solid.  Bila mana badan kita memerlukan tenaga, simpanan glikogen ini boleh digunakan. Glukosa juga boleh didapati dari protein tetapi memerlukan pecahan daripada protein.


Bila badan tidak menerima karbohidrat yang mencukupi, badan kita akan mula membakar otot sebagai sumber tenaga. Bila otot mula dibakar, kadar metabolisme badan akan menurun. Jadi pembakaran menjadi perlahan.

Apa itu protein? Pecahan protein dipanggil asid amino. Protein diperlukan dalam membina, membaiki otot rosak. Bila bercerita tentang protein, sering kali kita mendengar 'nitrogen balance'. Bila mana badan kita memproses lebih protein dari keperluan, itu dinamakan positive nitrogen balance. Jika badan gagal mendapatkan positive nitrogen balance, badan akan mula menukarkan otot untuk mendapatkan lebihan nitrogen yang diperlukan.

Lebih protein=positive nitrogen balance=anabolic
Kurang protein=negative nitrogen balance=catabolic



Apa itu lemak? Jangan cakap kita tidak perlukan lemak. Lemak adalah sumber tenaga yang sangat penting dalam badan kita. Pernah dengar pepatah kata, 'eat fat to burn fat'?. Tapi lemak bagaimana yang mesti diambil? Bukan makan nasi lemak.:D

Bila kita tak makan, atau skip meal, badan kita akan cuba untuk menyimpan lemak dan membakar otot sebagai sumber tenaga. Ada 2 jenis lemak. Pertama kita panggil lemak tepu. Lemak tepu adalah lemak yang sepatutnya kita elak. Pengambilan lemak tepu tak terkawal akan menimbulkan masalah seperti sakit jantung, hypercholestromia. Kedua lemak tak tepu. Lemak tak tepu lebih mudah diproses badan berbanding lemak tepu. Ada lemak tak tepu berfungsi sebagai anti oksida.



Cara mudah untuk kenal lemak tepu dan tak tepu ialah pada suhu bilik lemak tepu dalam bentuk pepejal manakala lemak tak tepu dalam bentuk cecair.

No comments:

Post a Comment