Friday, November 19, 2010

Latihan Cardiovascular

Apa itu latihan cardiovascular? latihan cardiovascular atau latihan aerobik, adalah jenis latihan untuk meningkatkan muscular endurance atau stamina dengan meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan. Senaman cardiovascular membantu mengawal berat badan dengan pembakaran kalori dan lemak jika dilakukan dengan cara yang betul. Untuk membakar lemak, sekurang-kurang badan kita memerlukan latihan cardiovascular selama 24 minit.



Senaman cardiovascular adalah salah satu elemen penting dalam komponen kesihatan. Seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali. Antara contoh senaman aerobik adalah berlari, berenang, tarian aerobik dan lain-lain.

Untuk membakar lemak, kita perlu menyasarkan kadar denyutan jantung mencecah 60%-70% daripada denyutan jantung maximum. Sering kali kita lihat, mereka yang menyasarkan untuk membakar lemak tapi berlari bagai nak mati di taman2, termengah2, tercungap2. Adakah lemak terbakar dengan latihan begitu? :p. Antara cara mudah untuk mengetahui adakah kita di dalam denyutan jantung sasaran adalah dengan kaedah RPE, talk test. Sekiranya ketika berjoging, dia masih boleh bercakap lancar dan nafas tak tercungap2, dia masih di dalam zon bakar lemak, tapi bukan terlalu perlahan sehinggakan terlalu lancar dan tak rasa apa2.:D



Bagaimana hendak mengira kadar denyutan jantung? pertama, ketika bangun tidur, dapatkan kadar nadi, ambil untuk 1 minit. Ini dipanggil kadar nadi rehat atau kadar denyutan jantung rehat.

Contoh kiraan:

Untuk lelaki
(220 - umur - kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan

Untuk perempuan
(226 - umur - kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan

1 comment:

  1. Casino Tycoon - Mapyro
    Casino Tycoon is a casino 김해 출장마사지 games and service 남양주 출장마사지 company 경주 출장샵 based out of Malta. It is located in 양주 출장샵 the 서울특별 출장샵 heart of The Strip and is open daily 24 hours.Casino Type: Land-based Casino Rating: 3.4 · ‎16 reviews

    ReplyDelete